Perfume - Soul by Liz Claiborne For Men
Monday, August 16, 2010 | 1 Comments
Perfume - Jessica Parker Covet
Monday, August 16, 2010 | 1 Comments
Perfume - Intimately Beckham by David Beckham for Men
Monday, August 16, 2010 | 1 Comments
Imported Perfumes
untuk pengetahuan semua, saya mempunyai beberapa stok perfumes yang diimport dari luar negara. Saya mendapat stok ini direct dari supplier yang memang supply perfume di kedai2 perfume yg ada di pusat membeli-belah.
Kalau anda membeli di kedai-kedai perfume, harganya agak tinggi sedikit kerana mereka terpaksa menanggung beberapa kos seperti sewa kedai, elektrik dan pelbagai lagi. Semua jenis perfume adalah genuine dan bukannya seperti di "uptown" atau "p.street.
Ianya mmg sesuai untuk bakal pengantin (hantaran), gift mahupun utk kegunaan sendiri. Setakat ini supplier hanya membekalkan 4 jenis perfume kepada saya dan semuanya datang dengan satu SET iaitu :
- David Beckham
- Liz Clairborne
- Jessica Parker
- Billagio Micaelangelo
Monday, August 16, 2010 | 0 Comments
Sambutan Yang Hangat (e-cigarrete)
Assalamualaikum semua,
Mula sekali saya minta maaf kepada pembaca semua kerana agak lama saya tidak membuat review tentang rokok e-cigarrete ini.
Ini kerana saya sedang sibuk menguruskan rumah baru dan juga mempacking serta mengepos pesanan dari pembeli.
Terima kasih kepada saudara Azhar, mat yie, jenal, hairul, sedi, harris, afif, mal dan ramai lagi kerana membeli produk e-cigarrete ini dari saya.
selepas pos saya berkenaan dengan rokok ini dan juga mengiklankannya di lelong.com.my dan juga laman-laman iklan yang ada, saya mendapat respon yang banyak dari bakal pembeli yang berminat. Rata-rata menanyakan tentang kandungan bahan dalam rokok berkenaan. selain itu puas saya memberi penerangan tentang pengunaan bateri dan tidak perlu di bakar seperti rokok-rokok yang lain. Dan yang menariknya ada yang mengatakan KARUT dan MENIPULAH!
Jadi kepada yang telah mencuba rokok e-cigarrete ini, diharap dapat memberi sedikit ulasan atau respon tentang rasa rokok berkenaan. Yang berminat untuk membeli boleh emel kepada saya di takdehutang@gmail.com.
Terima kasih sekali lagi.
Friday, September 18, 2009 | 0 Comments
Rokok Kesihatan E Cigarette?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,
Pada minggu yang lepas saya telah berkunjung ke rumah kakak saya di Seksyen 19 Shah Alam. Sedang berborak tetiba abang ipar saya keluarkan sebatang rokok dari kocek baju dan terus menghisapnya. Saya bertanya pada diri saya sendiri "Bila masa pulak dia bakar rokoknya?".
Saya perhatikan betul-betul pada rokok tersebut. Tiada bara dan asap pada hujung rokok tersebut. Ini mesti rokok mainan fikirku lagi. Abang iparku terus menyedut rokoknya dalam-dalam dan ada cahaya kemerahan di hujung rokok tersebut. Selang beberapa saat, keluar pula asap berkepul-kepul dari mulutnya. "Eh, dia buat magic ke?
Lalu saya bertanyakan tentang rokok jenis apa yang dihisapnya. Dia memberitahu bahawa rokok ini tidak memerlukan lighter untuk membakarnya. Ianya menggunakan bateri untuk memanaskan kandungan yang terdapat pada putung rokok berkenaan. Wah sungguh berteknologikan? Bagaimana boleh terfikir untuk mencipta rokok sebegini.
Saya cuba menghisapnya dan memang betul ada asap keluar tetapi rasanya tidak tumpah seperti kita menghisap syisya di kedai-kedai mamak tu. Rupa-rupanya ada pelbagai perisa dan diletakkan di putung rokok berkenaan.
Oh ye, rokok ini namanya E-Cigarette! pada kotak tertulis Healthy Cigarette. Jadi ada sesiapa yang pernah mencuba rokok ini? saya akan review lagi produk ini pada post seterusnya
Wednesday, August 19, 2009 | 1 Comments
Perniagaan Islam
KamiKreatif ingin berkongsi bersama anda tentang Perniagaan dalam Islam. Lagipun KamiKreatif baru saja nak bukak kedai dalam alam maya ini. Jadi nak jugak tahu pandangan Islam tentang berniaga ini.
Tertarik dengan satu blog yang menceritakan Perniagaan Islam dan KamiKreatif ingin berkongsi bersama dengan anda semua agar kita dapat hidayah dan berkat rezeki yang kita cari hasil dari perniagaan itu. Insyallah.
PERNIAGAAN DI DALAM ISLAM

Berniaga bukan semata-mata untuk mencari untung kerana di dalam perniagaan tidak semestinya kita sentiasa mendapat keuntungan. Dalam perniagaan sering juga kita menghadapi kerugian.
Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah untuk memperbesarkan, memperpanjangkan dan memperluaskan aktiviti syariat dan dengan tujuan beribadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru di dalam perniagaan, hendaklah kita sentiasa mencari keredhaan Tuhan dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.
Mari kita lihat betapa di dalam perniagaan itu luas sekali syariatnya atau luas sekali ibadah yang berlaku di mana kebaikan dan pahalanya pula amat banyak.ps /: Oleh itu jgn asyik nak mengejar keuntungan semata2 takut nnt disoal di akhirat kelak. Banyak lagi penjelasan tentang perniagaan dalam islam ini dan anda boleh terus layari laman blog Tridaya Mufakat Adil & Amanah
Wednesday, August 12, 2009 | 0 Comments