feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Perniagaan Islam

Labels:

Salam,

KamiKreatif ingin berkongsi bersama anda tentang Perniagaan dalam Islam. Lagipun KamiKreatif baru saja nak bukak kedai dalam alam maya ini. Jadi nak jugak tahu pandangan Islam tentang berniaga ini.

Tertarik dengan satu blog yang menceritakan Perniagaan Islam dan KamiKreatif ingin berkongsi bersama dengan anda semua agar kita dapat hidayah dan berkat rezeki yang kita cari hasil dari perniagaan itu. Insyallah.

PERNIAGAAN DI DALAM ISLAM

Berniaga bukan semata-mata untuk mencari untung kerana di dalam perniagaan tidak semestinya kita sentiasa mendapat keuntungan. Dalam perniagaan sering juga kita menghadapi kerugian.

Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah untuk memperbesarkan, memperpanjangkan dan memperluaskan aktiviti syariat dan dengan tujuan beribadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru di dalam perniagaan, hendaklah kita sentiasa mencari keredhaan Tuhan dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.

Mari kita lihat betapa di dalam perniagaan itu luas sekali syariatnya atau luas sekali ibadah yang berlaku di mana kebaikan dan pahalanya pula amat banyak.

ps /: Oleh itu jgn asyik nak mengejar keuntungan semata2 takut nnt disoal di akhirat kelak. Banyak lagi penjelasan tentang perniagaan dalam islam ini dan anda boleh terus layari laman blog Tridaya Mufakat Adil & Amanah



0 comments:

Post a Comment