Rokok Kesihatan E Cigarette?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,
Pada minggu yang lepas saya telah berkunjung ke rumah kakak saya di Seksyen 19 Shah Alam. Sedang berborak tetiba abang ipar saya keluarkan sebatang rokok dari kocek baju dan terus menghisapnya. Saya bertanya pada diri saya sendiri "Bila masa pulak dia bakar rokoknya?".
Saya perhatikan betul-betul pada rokok tersebut. Tiada bara dan asap pada hujung rokok tersebut. Ini mesti rokok mainan fikirku lagi. Abang iparku terus menyedut rokoknya dalam-dalam dan ada cahaya kemerahan di hujung rokok tersebut. Selang beberapa saat, keluar pula asap berkepul-kepul dari mulutnya. "Eh, dia buat magic ke?
Lalu saya bertanyakan tentang rokok jenis apa yang dihisapnya. Dia memberitahu bahawa rokok ini tidak memerlukan lighter untuk membakarnya. Ianya menggunakan bateri untuk memanaskan kandungan yang terdapat pada putung rokok berkenaan. Wah sungguh berteknologikan? Bagaimana boleh terfikir untuk mencipta rokok sebegini.
Saya cuba menghisapnya dan memang betul ada asap keluar tetapi rasanya tidak tumpah seperti kita menghisap syisya di kedai-kedai mamak tu. Rupa-rupanya ada pelbagai perisa dan diletakkan di putung rokok berkenaan.
Oh ye, rokok ini namanya E-Cigarette! pada kotak tertulis Healthy Cigarette. Jadi ada sesiapa yang pernah mencuba rokok ini? saya akan review lagi produk ini pada post seterusnya
August 20, 2009 at 2:56 PM
selepas ini saya akan review dari segi kesihatan
Post a Comment